Assalamualaikum wbth,
Hari ini 12/05/2013 (Ahad) merupakan Hari Ibu sedunia. Walaupun hari ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, namun saya berpendapat, dalam banyak2 hari, perlu ada 1 hari untuk diraikan khusus utk ibu kita. Bagi yang sibuk bekerja, apa salahnya bercuti & luangkan bersama org yg telah mengandung dan melahirkan kita. Kalo tiada hari ini, pasti lebih ramai anak-anak diluar sana yang tidak mengambil peduli. Saya sebagai ibu kepada 2 orang anak, yang juga bekerja berasa berbesar hati sekiranya saya diraikan sebagai tanda penghargaan yang saya telah mengandung & melahirkan. Saya suka. Anda bagaimana?
Ini pula kad pemberian kakak (Zara Sofea) yang diberikan kepada saya.
Terima kasih kakak.
Dan sempena hari ini juga saya memilih untuk menubuhkan bisnes kecil-kecilan dengan nama MyZS (sebelum ini saya pernah jga berbisnes tetapi tidak kekal). Di harap bisnes kali ini lebih sukses dan tidak sekadar hangat2 tahi ayam. :-)

No comments:
Post a Comment