Monday, 13 May 2013

Tercetusnya idea....


Assalamualaikum wbth & Salam Sejahtera,

Idea :
Tentu anda semua tertanya-tanya bagaimana boleh tercetusnya idea untuk saya memasarkan produk Tepung Magik ini. Niat asal saya adalah untuk membantu kakak saya yang sedang giat mempromosikan barang jualannya. Beliau ada mengadu yang keuntungan yang diperolehi tidak seberapa berikutan barang yang dijual diambil 'tangan atas tangan'. Saya amat memahami keadaan beliau memandangkan sebelum ini saya pernah menjual barangan seperti baju baby dan aksesori rambut kanak-kanak. Dengan modal permulaan yang sedikit, keuntungan yg didapati tidak lah seberapa. Dalam banyak-banyak barang yang dipromosikan, TEPUNG MAGIK diantara senarai yang selalu customer tempah.

Sokongan :
Atas rasa simpati itu lah, saya cuba mencari supplier TEPUNG MAGIK yang boleh memberikan harga terendah kepada beliau. Akhirnya saya telah berjaya mendapatkan harga yang terbaik utk kakak saya. Namun atas sebab2 tertentu, saya cuba pula mengambil inisiatif untuk memasarkan produk tersebut di bawah nama MyZS secara online. Saya cuba untuk bangkit kembali walaupun tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripda org sekeliling. Ya, saya faham. Bukan mudah utk BERJAYA jika tidak mendapat sokongan org sekeliling. Berbekalkan kecekalan & kata-kata semangat daripda rakan2 niaga yang lain, saya teruskan jua.

Kenapa Tepung Magik?
Saya memilih tepung magik kerana beberapa sebab.
1) HALAL daripada JAKIM
2) Produk keluaran Bumiputera (wajib sokong org kita)
3) Tiada MSG (perasa tiruan yg boleh menggugurkan rambut anda!)
4) Telah mendapat sambutan hangat. (telah berjaya memasarkan produk ke luar negara)
5) Sebab saya tahu rakyat Malaysia suke makan! :-D

Harapan : Semoga bisnes ini semakin maju. Doakan kejayaan buat saya sekeluarga.

With Love ;


MyZS







No comments:

Post a Comment